10 Jalanraya Yang Anda Tidak Ingin Memandu Di Atasnya - Bahagian Pertama.

10 Jalanraya yang anda langsung tiada keinginan untuk memandu atasnya, percayalah!

1. Passage De Gois, yang terletak di Perancis

Passage du Gois adalah causeway submersible di Teluk Bourgneuf, ia menghubungkan pulau Noirmoutier ke daratan utama di Vendée, Perancis.


Passage De Gois

Dahulunya untuk ke pulau Noirmoutier hanya dapat diakses menggunakan laluan air - perahu. Selepas berlakunya endapan lumpur di Teluk Bourgneuf, kerajaan mula melakukan tambakan batu bagi membentuk jalanraya pada abad ke 18 sehingga boleh dilalui oleh kenderaan seperti kereta.

Tetapi, apa yang bahayanya dengan laluan sepanjang 4.3 kilometer ini? Laluan yang lurus sudah tentu dilihat selamat pada pandangan mata kasar, namun anda sebenarnya terpedaya dengan bentuknya.

Hakikatnya jalan ini tidak seselamat seperti sangkaan anda kerana kebanyakan masa jalan di atas menjadi ini;




Eh, mane jalan tadi?

Dua kali sehari, selama satu atau dua jam, ketika air surut jalan tersebut akan kelihatan untuk dilalui pelancong dan orang awam. Meskipun waktu pasang-surut air telah dinyatakan menerusi satu papan kenyataan namun masih terdapat orang yang terperangkap ketika melalui jalan tersebut dan jika gagal menyelamatkan diri, ya, ianya berbahaya ke atas nyawa anda! Bagi tujuan keselamatan, kerajaan telah mendirikan beberapa menara, jika ada yang terperangkap mereka boleh menaiki menara tersebut dan menunggu air surut untuk pulang kembali.

Tapi bukan itu sahaja halangan yang anda tempuhi, memandu di jalan ini juga tidak mudah memandangkan keadaan jalan yang basah dan terkadang terperangkap dengan rumpai laut yang membuatkan seperti memandu di atas ais batu.



2. Patiopoulo-Perdikaki Road yang terletak di Greece.


Jalan ini sepanjang 23.5 kilometer dan terletak di laluan berbukit. Ia menyambungkan Potiopoulo dan Perdikaki di Greece seperti mana nama jalannya. Bahayanya laluan sehala ini tidak semata-mata ia terletak di kawasan berbukit sebaliknya kerana lubang-lubang yang terdapat di sepanjang jalan. Tiada papan tanda, tiada lampu, tiada arah dan amaran keselamatan, sesiapa sahaja boleh terbabas, kemalangan dan maut di jalan ini dengan mudah.



Malangnya kerajaan tidak mampu menghalang orang awam dari menggunakan laluan tersebut. Setiap hari ia dilalui oleh haiwan-haiwan belaan (lembu), lori, kereta, bas dan penjalan kaki untuk menuju ke destinasi mereka. 

Kerap kali terjadinya kemalangan di waktu malam disebabkan tahap pengcahayaan yang rendah ditambah dengan laluan yang sempit dan tiada penghadang. 

3. Luxor - Al-Hurghada Road yang terletak di Mesir.


Menghubungkan kota kuno Luxor dan laut merah Harghada di Mesir. Laut Merah yang berada di Harghada menjadi tumpuan bagi pencinta aktiviti dalam air, scuba diver. 

Ketidakselamatan jalanraya tersebut tidak terletak ke atas jalan itu sendiri sebaliknya disebabkan laluan itu seringkali menjadi tapak untuk kumpulan lanun melakukan rompakan ke atas pemandu. 

Memandu di jalanraya itu juga mencabar disebabkan sepanjang laluan tiada 'sesuatu' yang boleh diharapkan jika kereta anda secara tiba-tiba rosak di pertengahan jalan.


Sesetengahnya cuba memandu tanpa menggunakan lampu pada waktu malam bagi mengelak diserang oleh lanun bersenjata yang bersedia menunggu masa namun berakhir dengan kemalangan. 

Dan kalau pun pemandu terselamat dari serangan lanun belum tentu selamat dari ancaman terroris. Ini kerana laluan tersebut turut menjadi markas untuk terroris melakukan serangan ke atas pelancong. Ia mula menjadi kontroversi apabila pada tahun 1997, 17 November kumpulan terroris telah menembak bunuh 62 pelancong German. Sungguh pun Mesir telah menambahbaik laluan tersebut namun apabila memandu pada waktu malam, pemandu Mesir masih tidak membuka lampu kenderaan atas faktor keselamatan disamping menempuhi laluan yang berdebu mereka juga akan memakai kaca-mata yang boleh melihat malam tanpa sokongan lampu.

4. Taroko Gorge Road, Taiwan.


Taroko bermaksud "megah dan indah" dalam bahasa Truku, suku Orang Asli yang tinggal di kawasan itu. Ia mula dibina sebahagian dari laluan lebuhraya bagi tujuan pelancongan ke Taman Negara yang terkenal iaitu Taroko National Park. Laluan yang merentasi pergunungan sepanjang 19 kilometer itu pula digelar sebagai Taroko Gorge Road.

Bagi menjaga alam sekitar dan keindahan kawasan sekitarnya, Taiwan tidak memusnahkan bukit bukau sebaliknya mengekalkan keaslian semulajadi termasuklah gaungan dan hutan hujan yang terdapat disekitarnya semasa membina laluan tersebut.







Bahayanya laluan ini kerana selekoh yang tajam dan tanpa sistem pengcahayaan. Sungguhpun dilengkapi dengan pagar konkrit laluan tersebut masih lagi berbahaya kerana laluannya yang sempit dan mungkin tanpa tersangka anda akan dihempap dengan batu-batuan pula. 

Pada tahun 2010, seorang pelancong China terbunuh apabila batuan dari gunung jatuh menimpanya sehingga maut. Kejadian malang itu berlaku walaupun kerajaan Taiwan telah mengambil langkah-langkah keselamatan seperti memakai helmet, mengalihkan batuan yang berisiko dan meletakkan papan tanda amaran di kawasan yang berisiko. 

Selain itu, laluan ini juga sering diancam tanah runtuh berikutan kekerapan hujan dan gegaran.

5. Skippers Canyon Road, New Zealand.

Ia adalah jalan yang sangat sempit dan berangin. Walaupun sempit jalan ini bukanlah jalan sehala! Yea, anda membaca dengan betul, ia bukan jalan sehala. Jadi boleh bayangkan jika tiba-tiba ada kenderaan dari arah bertentangan datang ke arah anda, bukan?

Kira-kira 22 kilometer panjang dan terletak di bahagian utara Queenstown. Laluan ini curam dan mempunyai selekoh yang tajam tanpa papan tanda amaran untuk mengingatkan anda tentang curam atau selekoh di hadapan, juga tiada sebarang sistem pengcahayaan dan 'bebas' dari sebarang penghadang jalan. Malahan syarikat insurans juga tidak 'cover' laluan ini jika berlakunya kemalangan disini. Anda tahu apa maksudnya apabila syarikat insurans pun tak sanggup tanggung risiko, kan?




Bayangkan ketika memandu, ini berlaku.



Artikel ini akan bersambung ke bahagian kedua. 

Sumber rujukan, gambar dan maklumat : The Richest, Dangerousroad.org

Diterjemahkan oleh Sozcyili untuk versi bahasa Malaysia.

Istilah Healing Crisis Hanyalah Gimik Peniaga - Pembeli Barangan Kecantikan Jangan Terpedaya.

Apabila kita menggunakan sesuatu produk tak kira untuk kegunaan luaran atau dalaman, dan mengalami kesan buruk sewaktu menggunakannya; ia dipanggil kesan buruk (adverse reaction).
Is Healing Crisis Real
Healing Crisis
HEALING CRISIS?
Adverse reaction adalah kesan buruk yang tak dijangka dari sesebuah produk. Ia tak sama dengan kesan sampingan (side effects) kerana kesan sampingan memang telah diketahui boleh terjadi, bersifat sementara dan terkawal.
Contohnya ubat batuk. Mengantuk adalah kesan sampingan biasa ubat batuk. Namun jika pernafasan terhenti atau tekanan darah menjadi rendah selepas memakan ubat batuk, ia dipanggil kesan buruk (adverse reaction) dan ubat perlu dihentikan serta merta.
Atau ubat kemoterapi; kesan sampingan antaranya ialah muntah, rambut gugur dan hilang tenaga. Dan kesan buruknya ialah jangkitan kuman akibat kekurangan imuniti. Bermakna kemoterapi perlu diteruskan walau ada kesan sampingan, namun perlu dihentikan buat sementara apabila timbul kesan buruk.
Adverse reaction ada pelbagai. Dari reaksi ringan seperti pening, muntah, gatal, tumbuh jerawat hinggalah ke reaksi berat seperti gangguan fungsi organ. Contoh gangguan organ ialah tekanan darah atau gula yang tak terkawal, kerosakan buah pinggang, kegagalan jantung dan sebagainya.
Kerap kita dengar istilah healing crisis apabila merujuk kepada perubatan alternatif. Kononnya sebelum pesakit sembuh, dia mestilah melalui kesan buruk terlebih dahulu untuk membuang toksin (detoksifikasi).
Sebenarnya istilah healing crisis tiada asas saintifik. Malah ia tak pernah disebut dalam mana-mana silibus perubatan dan farmakologi walau peringkat PhD sekalipun.
Memanglah, kerana ia adalah istilah yang dibuat-buat oleh perawat alami. Malah istilah healing crisis adalah salah satu tanda anda sedang dirawat oleh perawat palsu (quack doctor).
Antara tanda lain anda menerima rawatan mengarut ialah apabila:
1. Perawat merawat penyakit yang tidak wujud (mengada-adakan penyakit)
2. Perawat mengatakan rawatan bakal mengambil masa lama
3. Perlu melalui healing crisis sebelum pulih sepenuhnya
4. Melalui proses detoksifikasi
5. Rawatan dikatakan berkesan semata-mata kerana ia dipraktikkan sejak zaman purba
Istilah healing crisis sebenarnya hanyalah gimik penjual atau perawat untuk berlepas diri dari bertanggungjawab atas kesan buruk produk atau rawatannya.
Bukan tak pernah ada adverse reaction pada ubatan hospital. Pernah ubat bius kami menyebabkan pesakit kebas hingga ke leher hingga tak mampu bernafas, walau dos yang diberikan adalah normal dan selamat.
Apa yang kami lakukan ialah hentikan ubat tersebut dan beri rawatan segera kepada pesakit. Kami juga akan menyiasat insiden tersebut secara terperinci serta melaporkannya ke pihak farmasi dan pengeluar produk di kilang.
Kami takkan mendakwa reaksi tersebut sebagai healing crisis. Apalagi nak meletakkan kesalahan ke atas pesakit dengan menuduhnya tak makan ubat ikut waktu, kurang minum air dan sebagainya. Lingkuplah professionalism hospital kalau kami ambil jalan mudah dengan mendakwa itu ini sebagai healing crisis.
Orang yang kurang ilmu dan tak bertanggungjawab saja akan sebut masalah produk sebagai healing crisis.
Jika anda mengalami kesan buruk apabila menggunakan sesebuah produk, anda (atau ahli keluarga) perlu lakukan seperti yang tertera dibawah:
?Hentikan produk dengan serta merta
?Dapatkan rawatan segera di hospital
?Isi borang laporan adverse reaction dan emailkan kepada NPRA (National Pharmaceutical Regulatory Agency)
?Jumpa semula penjual, beritahu masalah anda dan tuntut gantirugi. Jika penjual cuba berdalih dan mendakwa itu sebagai healing crisis, lempang mukanya laju-laju.
Ayat terakhir itu hanyalah ‘special effect’ sebagai pengibur hati orang yang terkena ‘adverse effect’. Usah dibuat ye!

Anda Boleh Jimat RM10,070 Setahun Jika Rela Berpanas & Berhujan Kata Doktor Ini.

Oleh : Abu Umar
Hampir empat bulan saya berulang alik dari rumah ke hospital dengan motosikal. Jaraknya lebih kurang 10 kilometer. Kadang-kadang terpaksa berhenti di tepi jalan untuk pakai baju hujan. Maklumlah musim tengkujuh, boleh dikatakan setiap hari hujan.
Besar sangat ke gaji doktor?
1. KENDERAAN
Pernah sekali MO menyapa, “Rumah kau kat mana? Semalam aku nampak kau naik motor, balik kerja.”
“Rumah di Gong Badak,” jawab saya.
“Tak sejuk ke naik motor, waktu hujan?” soalnya lagi.
“Dah biasa,” dalam hati kecil menjawab, dengan naik motosikallah saya dapat menyimpan.
Jom kita buat kira-kira beza naik motor dan kereta.
MOTOSIKAL (KOS SETAHUN)
Ansuran: RM1,800 (RM150/sebulan)
Petrol: RM 360 (RM30/sebulan)
Servis: RM360 (RM30/sebulan)
Roadtax: RM30
Jumlah setahun: RM2,250
KERETA MYVI (KOS SETAHUN)
Ansuran: RM6,600 (RM550/sebulan)
Petrol: RM2,400 RM(200/sebulan)
Servis: RM750/setahun
Roadtax: RM770/setahun
Tol: RM1,560 (RM130/sebulan)
Lain-lain: RM240/setahun
Jumlah setahun: RM12,320
*Kiraan tol untuk negeri tertentu
Anda boleh jimat RM10,070 setahun jika anda rela berpanas dan berhujan dengan menggunakan motosikal. Nak lebih jimat, pinjam motosikal ayah atau beli motosikal secondhand secara tunai.
Jika anda sangat-sangat memerlukan kereta, belilah kereta yang tidak terlalu membebankan anda. Berapa harga kereta yang sesuai?
Gaji sebulan x 12 bulan
RM4,600 x 12 = RM55,200
2. BEKAL
Beberapa kali saya ditegur jururawat. “Doktor memang tiap-tiap hari bawa bekal ke?”
Ye kak, bekal simple-simple saja. Janji tak lapar,” jawab saya.
“Jarang dah sekarang saya nampak orang banyak bekal macam doktor,” katanya lagi.
Mindset penjawat awam lebih suka makan di kedai atau bungkus makanan.
Padahal kalau bawa bekal. anda boleh berjimat hampir RM200-RM300 sebulan kalau anda rela bersusah sikit untuk sediakan bekal. Lagipun makanan di kedai belum terjamin kebersihannya.
3. TEMPAT TINGGAL
Sebelum memilih hospital mana perlu bertugas (khas untuk HO), anda perlu merancang di mana anda hendak tinggal. Sebaiknya pilihlah hospital yang paling hampir dengan rumah anda. Anda boleh jimat hampir RM500-600 sebulan jika tidak menyewa.
KESIMPULAN
Status sebagai doktor bukan bermakna anda mesti berkereta mewah, berpakaian jenama mahal, makan di kedai hipster, ada iPhone 7S, tinggal di kondominum, sering melancong ke luar negara kerana hakikatnya gaji doktor tak banyak mana pun.
Kalau tidak pandai merancang, tak sampai hujung bulan pun dah pokai. Dah bekerja bertahun-tahun pun masih tidak mampu beli rumah duit gaji cukup bayar kereta dan perbelanjaan bulanan.
Jangan terperdaya dengan status! Berbelanjalah di bawah kemampuan anda, bukan berbelanja mengikut kemampuan. Mudah kata, gaji doktor tapi berbelanja seperti orang Bangladesh! Haha!
Jika sudah berkahwin, sebaiknya anda duduk berbincang dengan isteri anda tentang halatuju perancangan kewangan dan ‘exit plan’. Tanpa sokongan isteri anda, sangat sukar untuk anda mencapai hasrat anda.
Terima kasih kepada Ummu Umar yang selama ini menyokong penuh dan rela mengikat perut bersama.

Kes Buli Pelajar Tingkatan 1 : Netizens VS Mak & Remaja Pembuli Di Media Sosial.

Pagi tadi tular satu kejadian buli yang membabitkan pelajar tingkatan 1 di SMK Bandar Sri Damansara 2. Pelajar tersebut didakwa telah dibantai secara beramai-ramai oleh sekumpulan pelajar tingkatan 3 di sekolah yang sama dalam satu kejadian yang dilaporkan berlaku semalam. 

Dalam kejadian itu, pelajar tingkatan 1 itu cedera dibantai sehingga berdarah dan berlubang kepalanya. Dia kemudiannya dibawa ke hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan susulan. Bapa mangsa juga telah membuat laporan polis atas insiden itu. Kesemua pelajar yang terlibat dalam insiden buli itu ialah pelajar-pelajar perempuan.

Susulan dari kejadian yang menimpa pelajar tingkatan 1 itu, bapa mangsa kemudiannya berkongsikan kejadian dan gambar-gambar anaknya yang cedera di laman sosial.

Banyaknya darah sampai basah baju..



Bukan sekadar dipukul malahan dipijak perutnya juga sehingga mangsa pengsan dakwa rakannya!


Posting bapanya itu viral namun perkara itu tidak berhenti disitu. Netizens turut berkongsikan wajah si pembuli di laman sosial ini berikutan ibu bapa kepada individu yang didakwa membuli tidak mempercayai anak mereka adalah pelaku dalam kejadian tersebut.


Bukti, mana bukti soal ibu pelajar yang didakwa membuli. Kalau takde jangan buat andaian hokayy.


Maaf kami terpaksa kaburkan wajah pembuli tersebut kerana masih bawah umur dan please la, jangan tenung lama-lama..

Pelajar Yang Didakwa Membuli
Selain dari berkongsikan gambar, ibu dan pelajar yang didakwa membuli itu turut menerima kecaman yang teruk di laman sosial apabila wajah-wajah mereka, akaun facebook dan perniagaan yang dijalankan oleh ibu pembuli menerima ancaman boikot.

Malahan terdapat beberapa tangkap layar yang tersebar, merujuk kepada satu perbualan di WhatsApp mengenai insiden pada malam itu.

OhMaiTuhan, takan cikgu pun bersubahat sama?




 
Penyebaran perbualan itu memburukkan keadaan apabila netizens mulai mempersoalkan kredibliti pihak sekolah dan cikgu yang didakwa dengan sengaja menyorokkan kejadian tersebut.

Bayangkan, jika cikgu turut bersubahat atas insiden buli ini, maka kepada siapa lagi pelajar-pelajar ini boleh percaya dan harapkan pertolongan?

Dalam kes ini, tanpa mengira samada yang dibuli itu melakukan kesalahan ataupun tidak terhadap kumpulan buli itu, tetapi tindakan memukulnya sehingga mendatangkan kecederaan adalah perbuatan jenayah tau! 

Walaubagaimanapun, tanpa prejudis penulis memilih menunggu laporan penuh dari pihak polis untuk membentangkan hasil siasatan mereka. Sementara itu kita layankan aje pertengkaran mereka di laman sosial. - Sozcyili

Dulunya Jual Aiskrim Dan Tidak Pandai Berbahasa Inggeris Kini Orang Ke 5 Terkaya Di Malaysia.

Oleh : Syahril A. Kadir

ORANG KELIMA TERKAYA DI MALAYSIA YANG BERMULA DARI MENJUAL AISKRIM DENGAN BERBASIKAL 

Lelaki tua ini kini berumur 77 tahun. Anak jati Kuala Lumpur ini mula naik basikal dan menjual ais krim seawal umur 11 tahun kerana nak membantu bapanya seorang pengusaha warung kopi. 

IOI Mall
Lee Shin Cheng
Lepas habis sekolah, dia mula bekerja di ladang getah hingga sampai sekarang lelaki berketurunan Cina ini fasih bercakap Tamil sebab pergaulannya dengan pekerja ladang berketurunan India. 

Ketika umurnya mencecah 22 tahun, dia memohon jawatan penyelia di ladang kelapa sawit milik syarikat Eropah, Dunlopp. 

Namun permohonannya ditolak mentah-mentah kerana dia tak boleh berbahasa Inggeris. Siapa sangka, 20 tahun kemudian, lelaki ini BERJAYA MEMBELI ladang kelapa sawit tersebut! " 

Tahun 1989 adalah tahun paling menggembirakan saya kerana berjaya membeli ladang Dunlopp dari syarikat Multi-Purposed Holdings. 

Nak tahu kenapa, dulu saya pernah minta kerja kat ladang itu tetapi sebab saya tidak ada kelulusan, nama saya ditolak mentah-mentah. " Agaknya kalau saya diterima bekerja di ladang tersebut waktu itu, saya tak mungkin memiliki ladang ini sekarang, " katanya dalam satu temubual dengan akhbar NST sembilan tahun lalu. 

Lelaki ini juga memiliki satu perangai pelik. Dia suka bercakap dengan pokok kelapa sawitnya. 

Kalau pokok itu berbuah, dia akan pergi dan ucap I LOVE U. Kalau tak berbuah, dia akan cakap SAYA BAGI TEMPOH ENAM BULAN LAGI YEA...kalau lepas itu pun masih gagal memberi hasil, dia akan kata kat pokok tersebut; " MAAF DARLING, AKU TEBANG KAU DULU! " 

Dan kini, lelaki yang pernah menjual askrim itu, lelaki yang pernah kena hina sebab tak boleh berbahasa Inggeris dan lelaki yang dianggap pelik sebab suka bercakap dengan pokok itu, adalah LELAKI KE LIMA TERKAYA DI MALAYSIA DENGAN HARTANYA YANG DIANGGARKAN BERJUMLAH RM19 BILLION! 

Dia yang aku maksudkan adalah pemilik IOI Corporation, pemilik IOI Properties, pemilik ladang kelapa sawit seluas 230,000 hektar termasuk di Indonesia, pemilik empat kilang pemprosesan sawit, pemilik kilang penapis terbesar di Eropah iaitu di Belanda - pendek kata apa saja yang bermula dengan tiga huruf iaitu I-O-I termasuk IOI Mall, adalah dimiliki lelaki yang 'low profile' ini. 

Pemilik IOI Mall
Lee Shin Cheng bersama anak lelakinya
Namanya ialah Lee Shin Cheng. Lebih tepat lagi - TAN SRI LEE SHIN CHENG....pergh!!!