t>

Breaking News

Panduan untuk buang bayi dengan cara yang betul.

Bukan panduan mengalakkan zina tetapi panduan untuk mereka yang telah berzina lepas tue mengandung kemudian kelam kabut nak fikir macam mana nak selesaikan masalah. Sekaligus boleh mengurangkan kes pembuangan bayi dalam semak dan tempat2 yang tak sepatutnya.

Sudah tentu cara terbaik untuk mengatasi permasalahan neh ialah dengan mengelakkan zina bagi orang islam manakala bagi orang bukan islam ia bukan isu pun. Kalau mereka nak bersama dengan pasangan masing2 anytime mereka boleh layan kondom kat seven e. 

Kalau ada yang mengandung anytime mereka boleh gugurkan anak ataupun kahwin. Mereka takde hal. Tapi orang islam berbeza sket. Mereka memang suka buat hal. Actually, bukanlah aku nak bekap orang2 yang berzina then mengandung apa seme tetapi kadang2 persepsi masyarakat yang terlalu menghukum pun tak betul juga.

Apa pun aku nak nasihatkan sikit. Ini khusus untuk keluarga yang sedar dan tahu anak mereka mengandung. Bagi yang tatau tue lain citer. Kadang2 ada di antara anak2 yang merahsiakan hal tersebut dari keluarga masing2. Sebab takut kena marah ataupun sebab lelaki taknak bertanggungjawab. 

Kalau ada di antara sedara mara korang yang terpregnant sebelum nikah apa seme, kalau boleh cari jalan untuk nikahkan mereka. Jangan halang. Tapi kalau dah lelaki tue jahat sangat, cara terbaik biar je lah anak korang tue mengandung then bela je lah. Nak buat macam mana benda dah jadi. 

Mulut orang lama kelamaan akan berhenti berkata2. Janji si pembuat dosa bertaubat. Kalau tak serik2 jangan larh marah kalau masyarakat terus mengata dan mengata kan. Itu sendiri yang tempah nahas. Kalau taknak orang bercakap boleh try apply duduk kat planet marikh. Sunyi dari persepsi dan gosip.

Apa pun berbalik kepada tajuk di atas, aku nak ajar sket kepada penzina2 yang sedang pregnant ataupun kepada penzina2 yang bakal nak buat masalah. Ini khusus untuk orang2 yang dah terpregnant tapi atas sebab2 tertentu tak boleh berkahwin.  



1. Gugurkan kandungan. Sebenarnya kalau bawah dari 3 bulan, korang buat je neh. Gugurkan anak. Tapi sendiri tanggung lah kesakitan dia. Dunia akhirat melainkan dah bertaubat.

2. Tapi kalau taknak gugurkan sebab takde duit, tatau nak gugurkan kat mana ataupun takut, takde hal. Korang pregnant jek macam biasa. Kalau berani inform mak bapak, kalau tak berani korang punya pasal.

3. Time pregnant tue, terai cari maklumat kat mana kawasan sesuai nak buang bayi. Survey kawasan sekitar korang. Hospital kat mana, masjid yang orang selalu lalang kat mana, ataupun cari family yang teringin nak anak. Kalau reti main facebook takan tak reti google plak.

4. Kalau berani bersalin jek kat hospital kerajaan. Kalau banyak duit pergi bersalin kat hospital swasta. Lepas bersalin blah je larh. Tapi ramai orang tak pilih kaedah neh sebab mendedahkan IC masing2. Sekaligus mencatatkan rekod korang pernah pregnant dan kalau korang lari memang boleh dijejak semula.

5. Jadi kalau rasa takut, lepas pregnant korang buang anak kat balai polis. Pastikan letak bayi dalam bakul dan berbalut. Jangan balut dengan suratkhabar pula. Dah larh bengap itupun orang nak kena ajar. Takan sengkek sangat sampai bakul dan kain pun tak boleh beli kan?

6. Kalau taknak kat balai polis boleh pilih kawasan lain. Jauh atau dekat. Ikut kesesuaian korang. Depan rumah kebajikan pun oke. Pilih time. Jangan pukul 2 pagi larh mangkok. Lagi 5 minit sebelum subuh. Duduk situ menyorok tunggu sampai orang keluar baru cabut. Depan rumah orang lalu lalang, depan masjid pun oke. Depan atau dalam hospital pun boleh. Kalau ada baby hatch guna jek cara tue sebab memang khusus untuk orang2 macam korang.

Tak perlu takut time nak buang tue. Time berzina pun ko tak takut dengan Allah swt, ini kan pula manusia apa jek ko nak takut kan? Fikir sikit cara macam mana nak buang. Tak pun ko buat2 berlakon. Ko buang anak kat satu2 tempat lepas tue ko telefon polis bagitau ko jumpa bayi. Tatau lah anak sapa. Pun oke juga. Pastikan lakonan ko mantap. Kalau kantoi sendiri tanggung.

7. Lepas dah buang jangan nak rileks2. Korang fikir dulu sapa yang menyebabkan korang terpregnant. Sebelum buang anak sendiri, tangkap gambar anak korang. Then cuci.. then bagi kat keluarga lelaki yang menyebabkan korang pregant. Sertakan sekali dengan keratan akhbar berita mengenai anak ko. Tulis surat. Jangan guna tangan tapi guna komputer. Sound sikit mak bapak budak lelaki tersebut apa yang anak dia dah buat kat korang.

Hidup jangan jadi bodoh. Walaupun memang korang suka2 berzina tetapi lepas mengandung dan kalau lelaki taknak tanggungjawab ko tak perlu berhenti setakat tue. Libatkan family dia. Libatkan masa depan dia. Karier dia. Libatkan tempat dia bekerja. Biar dia sengsara. Rasa apa yang ko rasa. 

Ini baru betul. Jangan nak berlagak lemah larh weh. Dari saat korang sanggup buang anak sendiri korang bukan lagi insan yang lemah sebaliknya insan yang kejam. So buat je lah seme benda2 neh. Memang sepadan dengan sikap korang. Betul? 

Last, kepada kita2 seme. Kalau ada member2 terpregnant terai bantu yang mana boleh. Bukan suruh bersubahat oke. Tapi at least bantu dia untuk dia buang anak dengan cara yang betul walaupun memang takde yang betulnya mengenai buang anak neh. Elakkan daripada menghukum dan meletakkan kesalahan. 

Dah tak boleh nak buat apa. Sistem kita dah teruk. Kalau ada yang boleh bebas dari maksiat itu satu kemenangan kalau ada yang tak boleh bebaskan diri dari maksiat itu sebenar bukan perkara yang pelik. Kerana sistem pentadbiran kita menganjurkan ke arah itu. Fikir-fikirkan.