t>

Breaking News

Milo Naik Harga Bermula 1 Mei 2014.

Bagi pengemar2 milo boleh la take note akan kenaikan harga ini yang akan berkuatkuasa bermula pada bulan May 2014 nanti. Seminggu lebih dari sekarang. Pihak kami mendapat makluman mengenai kenaikan tersebut melalui satu notis yang diberikan kepada kami menerusi inbox SBHBN (Saya Benci Harga Barang Naik).

Lihat ;


Alasan yang dikemukakan bagi menghalalkan kenaikan milo adalah kerana peningkatan harga susu tepung aka susu skim secara berterusan sehingga 17% menjelang tahun 2014.

Kalau macam tu pada pengguna bukan milo je kot yang naik harga. Susu tepung pun naik harga juga. Jangan2 disebabkan pelaksanaan ;

1. Skim gaji minima (yang neh boleh dimaafkan)

2. GST (yang neh memang tak boleh diterima)

Apa pun aku dah lama tinggalkan milo. Hampir setahun lebih aku rasa. Bermula dengan tuntutan boikot diselangi dengan sebab harganya yang makin mahal aku rasa tak berbaloi lagi untuk aku beli. Aku bertukar pada VICO. Tapi itupun aku jarang2 minum dah. Seminggu sekali lebih kurang kalau teringin sangat. Bagi menyahut cabaran menteri. Tukar gaya hidup beb. Aku layan air masak dan mineral je sekarang.

Hahahahaha