t>

Breaking News

Astro Pertahan Tindakan Berurusniaga Dengan Syarikat Israel.

Berikut kat bawah ialah jawapan dari ASTRO setelah didesak bertubi2 oleh orang ramai untuk menjawab perkara tersebut di laman sosial. Perkara ini telah tersebar menerusi wassap.


Amdocs merupakan peneraju pasaran global bagi perisian serta perkhidmatan untuk penyedia perkhidmatan dalam industri komunikasi, media dan hiburan.

Ibu pejabat utama syarikat ini terletak di Amerika Syarikat dan ia tersenarai di Bursa Saham NASDAQ.

Ia mempunyai lebih 20,000 kakitangan dan memberikan perkhidmatan kepada pelanggan di lebih daripada 70 negara.

Syarikat tersebut juga mempunyai pejabat dan operasi penyelidikan di seluruh dunia dan seperti kebanyakan syarikat antarabangsa lain, mempunyai anak syarikat di beberapa negara.

Astro melantik Amdocs untuk menyediakan perisian serta perkhidmatan bagi pengurusan perhubungan pelanggan dan sistem bil.

Anak-anak syarikat Amdocs yang dilantik telah diperbadankan di Ireland dan Malaysia. – Astro Corporate Comm Dept

Sumber : Wassap.

Relax dulu. Nak tunggu kenyataan rasmi ASTRO disiarkan ikut laporan berita pula. Btw, semalam laman web ASTRO kena hack. Tapi macam biasa, sepantas kilat ASTRO boleh recovery punya.. ASTRO kot..