t>

Breaking News

Rayuan : MAS Tolong Benarkan Kakitangan Menutup Aurat - Kesatuan MAS.

Kesatuan Anak Kapal Kabin Penerbangan (Nufam) mengulangi gesaannya agar Malaysia Airlines membenarkan anak kapal dari kalangan wanita untuk memakai pakaian menutup aurat.

Ia menjawab kritikan yang mengaitkan tragedi pesawat MH370 dan MH17 dengan pakaian seragam anak kapal MAS yang didakwa tidak menutup aurat.

Nufam dalam kenyataannya menyifatkan dakwaan seperti itu tidak adil kerana anak kapal tersebut tidak berhak menentukan pakaian seragam mereka.

Tuduhan bahawa anak kapal wanita itu mengabaikan tanggungjawab agama mereka juga "tidak betul dan tidak adil" kerana mereka pernah meminta untuk mengenakan tudung atau hijab bersama pakaian seragam.

"Kini tiba masanya isu pakaian seragam hijiab dikaji bagi anggota kru beragama Islam yang ingin mengenakannya dalam penerbangan," kenyataan itu dipetik.

Ia mengulas kenyatan MP PAS semalam yang menggesa MAS mengkaji semula dasar berhubung hidangan alkohol dalam penerbangan dan pakaian kru wanita yang tidak menutup aurat.

Dalam kenyataannya, Nufam turut menyelar pengguna Internet yang melabelkan anggota krunya sebagai "murahan".

“Pada masa kita semua bersedih dengan kejadian MH17, ada pihak yang berjenaka dan mengutuk kru kami. Mereka turut menyebar tulisan jahat mengenai kru wanita kami.

"Kami merayu kepada individu ini supaya menghentikan kritikan ke atas kru kerana mereka terikat dengan perkhidmatan," kenyataan itu dipetik. -MKINI-
 


Bagi je la dorang bertudung dan menutup aurat. Apa salahnya. Kita asyik bercakap mengenai majikan cina mendiskriminasi kakitangan muslim. Tapi dalam waktu yang sama kita lupa. Ada juga majikan muslim yang menindas kakitangan muslim. 

Bagi aje la hak bertudung kepada mereka. Apa salahnya. Tudung dan prestasi kerja takde kaitan. Orang kalau pandai buat kerja, rajin, cekap bukan kira dia bertudung ataupun tidak.

Alahai MAS. Ubahla polisi karut korang tue.