t>

Breaking News

Saya Malu Kaum Cina Lebih Fasih Inggeris Berbanding Melayu - Mahathir.

Melayu ada juga yang terer. Tapi bab lain la. Kalau ikut pengalaman aku dok berhujah dengan geng2 UMNO. Depa selalu cakap begini setiap kali aku persoalkan kenapa lebih ramai melayu terlibat jenayah berbanding kaum cina. Mereka kata sebab negara neh ramai melayu. Dah tue, kenapa kaum cina lebih fasih berbahasa english berbanding melayu? Cina lebih ramai dari melayu ka?

HAHAHAHAHA..

ORANG2 UMNO BANYAK YANG BONGOK SEBENARNYA.


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengaku berasa malu apabila melihat kaum Cina lebih fasih dalam pertuturan bahasa Inggeris berbanding kaum Melayu.

Katanya, orang Melayu yang belajar hanya bahasa Melayu dan Inggeris disifatkan cepat 'puas' berbanding kaum Cina yang belajar tiga bahasa.

"Saya malu, budak-budak Cina belajar tiga bahasa, tetapi cakap bahasa Inggeris lebih fasih daripada budak-budak Melayu.

"Kita belajar dua bahasa sahaja, Melayu dengan Inggeris, tetapi orang Melayu cakap cukuplah apa hendak belajar Inggeris lagi," katanya dalam wawancara yang disiarkan Mingguan Malaysiahari ini.

Dr Mahathir turut mengambil contoh dirinya sendiri dalam mempelajari bahasa Inggeris.

"Cara hendak belajar Inggeris dengan membaca. Saya bukan tahu sangat grammar (tatabahasa) ini semua. Saya baca banyak.

"Jadi, bila saya tulis sesuatu, saya berasa tidak kena pasal sudah baca buku bahasa Inggeris. Kalau kita baca buku banyak, rajin dan kalau boleh kita kena sebut apa yang kita baca. Bukan baca sahaja," ujarnya.

Tegasnya, orang Melayu juga masih belum boleh dikategorikan di dalam golongan yang rajin, walau tempoh negara mencapai Wawasan 2020 hanya tinggal enam tahun lagi.

"Kalau kita pergi universiti, 70 peratus perempuan. Budak-budak jantan (lelaki), apa dia buat? Jadi mat rempit. Itu saya kata tidak rajin.

"Bila pergi universiti pula, tidak belajar betul-betul. Tidak baca buku, baca setakat disuruh sahaja. Cuti sekolah pun macam itu," katanya.

Dr Mahathir menyebut, situasi itu berbeza ketika di zaman persekolahannya.

"Masa zaman dahulu, bila naik 'standard' (kelas), dapat buku teks baharu, saya habiskan buku teks itu tidak sampai sebulan.

"Ini baca setakat itu sahaja. Sepatutnya, kalau kita hendak dapat pengetahuan, kita tidak boleh baca buku teks sahaja. Kena baca macam-macam buku. Saya baca berpuluh buku terutama dalam bahasa Inggeris," ujarnya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir menjelaskan, orang Melayu perlu membandingkan diri dengan yang lebih rajin untuk berubah.

"Kalau banding dengan orang yang lebih malas, diri kita tidak teruklah. Tetapi kita kena banding diri kita dan mesti kena bersaing dengan orang, orang lain kerja kuat tetapi kita tidak kerja kuat.

"Kalau kita banding dengan orang malas, kita rajin tetapi kalau kita banding dengan orang lebih rajin, kita malas. Kita sekarang berlumba. Kalau kita datang daripada belakang dengan sama kelajuan dengan orang di depan, kita tidak boleh catch up (kejar). Kalau kita lebih perlahan, kita semakin lama semakin jauh. Jadi, kita kena lebih cepat daripada orang yang di hadapan kita," jelasnya.

Dr Mahathir juga mahu orang Melayu mengikut amalan 'Dasar Pandang ke Timur' yang diperkenalkannya satu masa dahulu.

Katanya, orang Melayu dilihat masih jauh ketinggalan dengan orang Jepun yang tidak berlengah dalam bekerja. - Awani -