t>

Breaking News

Penjelasan Sebenar Kejadian Gantung Kucing Hitam Di Sibu Sarawak.

Apa yang berlaku? Borneo Post melaporkan terdapat satu kejadian kejam yang dipercayai berlaku di Sibu, Sarawak. Yang mana terdapat individu mengantungkan seekor kucing berwarna hitam di hadapan rumah.

Lihat gambar ;


Kronologi kejadian.

1. Dipercayai jiran kepada jiran (pada mulanya dianggap suspect) telah upload satu gambar yang mana memaparkan gambar kucing hitam digantung sampai mati.

2. Gambar tersebut menjadi viral di laman sosial dan mengundang kemarahan pengguna media sosial termasuk pencinta2 haiwan terutamanya yang melibatkan geng2 kucing.

3. Kes berkenaan kecoh dan satu laporan polis dibuat.

4. Polis tiba di tempat kejadian dan menjalankan siasatan.

Lihat ;

 
5. Ketika ini ramai juga netizen maki2 keluarga (yang duduk kat dalam rumah tue) yang melakukan kejadian kejam tersebut.

6. Namun setelah disiasat oleh pihak polis, didapati ketika kejadian, pemilik rumah tersebut takde pun dalam rumah ketika kucing hitam digantung sampai mati di hadapan rumah mereka. Sebaliknya dia terpaksa keluar untuk selamatkan diri dan berlindung. 

7. Rupa2nya. Kejadian ini ada kaitan dengan kes peras ugut dan ancaman.

8. Individu yang dianggap suspect gantung kucing hitam sampai mati pada awalnya sebenarnya ialah mangsa kejadian.

9. Pada oktober lepas, dia telah diculik oleh sekumpulan lelaki. Dia dibawa lari menggunakan kereta setelah kaki dan tangannya diikat. Matanya juga ditutup dengan kain dan dia dihumban ke dalam sungai. Namun dia berjaya melepaskan diri dari kejadian tersebut. 

10. Apa2 pun kes tidak selesai selagi mana polis tidak memberkas individu ataupun kumpulan yang mengantung kucing hitam itu sampai mati. Harap2 polis boleh cari penjenayah tersebut secepat mungkin. Dah samseng sangat. Gamaknya pernah terlibat dalam aktiviti samseng yang lain juga kot. Menakutkan beb.