t>

Breaking News

Mahathir Disiasat Polis Kerana Sertai BERSIH4 & Menuduh Najib Merasuah MP UMNO.


Tun Dr Mahathir akan disiasat atas pembabitannya dalam himpunan BERSIH 4 lalu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Bercakap kepada media hari ini, Khalid berkata, polis akan memanggil bekas perdana menteri itu kerana telah membuat ucapan dan dakwaan tertentu.
Katanya, polis mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai dakwaan dibuat Dr Mahathir.
"Antaranya, beliau mendakwa pemimpin Umno mengambil rasuah. Jadi polis mahu tahu lebih lanjut.
 
"Semua pemimpin prominent (terkenal) yang menyertai BERSIH akan disiasat," kata Khalid di Port Klang. - Mkini.

-----------------
Tindakan polis neh susulan dari penyertaan Mahathir ke demo BERSIH4 pada hari kedua. Yang mana satu sidang media dijalankan dan selepas sidang media berkenaan, Mahathir ditemubual oleh rakan2 wartawan. 

Ketika ditemubual inila Mahathir memberitahu kepada para wartawan bahawa dia menyedari ;
- Najib telah merasuah semua MP UMNO agar menyokongnnya. 
- Najib telah merasuah semua pimpinan bahagian agar menyokongnya.
Maka untuk menjatuhkan Najib menggunakan sistem demokrasi sudah tidak valid. Jalanraya adalah jawapannya bagi menekan Najib dan seterusnya membuat undi usul tidak percaya bagi menyingkirkan Najib dari kedudukannya.

Rujuk video ;