t>

Breaking News

Dua Beradik Maut, Kesan Dari Kecuaian Pemandu2 YG Guna Lorong Kecemasan - Sudah Sampai Masanya Kerajaan Perkenalkan Helikopter Ambulance.

Viral di laman sosial mengenai kisah dua beradik yang kemalangan teruk di lebuhraya dan kegagalan ambulance untuk tiba dengan pantas disebabkan pemandu2 lebuhraya yang tidak mengikut peraturan dengan menggunakan lorong kecemasan untuk kepentingan peribadi. Lorong kecemasan yang sesak itu akhirnya mengakibatkan ambulance gagal tiba di kawasan kemalangan dengan pantas bagi menyelamatkan mangsa kemalangan. Impaknya, dua beradik tersebut tidak dapat diselamatkan nyawa mereka dan meninggal dunia. Kedua-duanya telah selamat dikebumikan petang tadi. 

Dimaklumkan juga bahawanya salah seorang yang maut adalah anak yang bertanggungjawab membawa ibunya untuk pemeriksaan berjadual di hospital. Sang ibu kehilangan kedua-dua anak lelaki dalam sekelip mata akibat sikap pentingkan diri oleh pemandu-pemandu Malaysia.


Ini apa yang ditaipkan oleh seorang pengguna media sosial dan kemudiannya diviralkan oleh netizens. Setakat ini lebih dari 21k perkongsian telah dilakukan.


Bacalah ;



PEMBUNUH!

Sesapa yg ikut plus arah utara area lepas tol simpang ampat petang tadi mesti sangkut jem terok kan. Sesapa yang ikut lorong kecemasan time tu, dukacita aku nk maklumkn bahawa korg adalah PEMBUNUH. Ya pembunuh, tp jgn risau sbb kemungkinan besar korg xkn kena tangkap dan hukum gantung. Tp pasti ada balasan utk korg kalau x di sini, mesti di sana nnt akan diadili seadil2nya.

Kepada PEMBUNUH2 yg terlibat, aku nk cerita jenayah korg so baca dan hadam betul2. Buat yg lain ambil pengajaran dan jgn sesekali jadi PEMBUNUH mcm diorg.

Eksiden tu jadi betul2 dpn kereta aku. Alhamdulillah masih ada jarak selamat so aku x terlibat secara langsung. Ceritanya moto LC150 yg dinaiki oleh 2 beradik tu terlanggar belakang iswara yg rosak dan diletakkan di lorong kecemasan. Impak perlanggaran tu menyebabkn diorg tercampak ke lorong tengah lebuhraya. Lori sayur yg berada di belakang diorg mengelak dan menyebabkn lori tu terbalik melintang lorong tgh dan lorong kanan. Uncle yg bwk lori sayur tu xmengalami sebarang kecederaan. Pujian harus diberikn kpd dia sbb dpt mengelak 2 org rider tersebut smp dia sendiri terbalik.

PEMBUNUH2 sekelian,jenayah korg bermula di sini. Lorong tgh dan lorong kanan terus tertutup dan xdpt dilalui. Tggl satu lorong. Dan bila jd mcm ni PEMBUNUH2 ni buat apa yg diorg sll buat; gunakan lorong kecemasan tanpa rasa bersalah langsung. Dhla guna lorong kecemasan, bila smp tpt kejadian drive slow, smbl tgn pgg henpon nk ambil gmbr. Korg nk ambil gmbr bukti jenayah korg ke ape?

Eksiden berlaku lbh kurg pkl 3:30 ptg, dan ambulans pertama yg smp adalah lbh kurg SEJAM kemudian! SEJAM weh, perjalanan yg biasanya ambil masa xsmp 15 minit. Ambulans tu ambil rider pertama dan tggl lg sorg rider.
Ambulans kedua smp slps 2 JAM SETENGAH! Eksiden pkl 3:30 dan ambulans kedua dgn bomba smp dkt2 pkl 6 weh!Semua disebabkn PEMBUNUH2 ni yg dgn tanpa segan silu guna lorong kecemasan. 

Kedua2 rider tu suffer from head injury. Bleeding. Time kami smp diorg stil respond dan separa sedar. Kami tgk sendiri condition diorg deteriorate dlm masa menunggu ambulans smp. Apa yg kami blh buat cuma try stop bleeding dan elakkn diorg dari pengsan/tido. Masa ambulans smp diorg dh kurg response dan semakin lemah. Skrg diorg kt Hosp Seremban dan kami pn xtau apa condition diorg skrg. Harap2 diorg selamat walaupn harapan agak tipis.

Kepada PEMBUNUH2 sekelian, aku harap korg sedar. Lorong kecemasan meant exactly for times like this. Tp disebbkn keBANGANGan korg org yg xbersalah jd mangsa. Aku xdoa benda ni jadi kt korg blk, cukupla korg sedar dan xbuat lg. Dan kpd yg lain2 yg suka guna lorong kecemasan, igtlah yg korg juga mungkin akan jd PEMBUNUH suatu hari nnt. Ya dari dulu aku mmg sgt2 benci kt org2 yg suka guna lorong kecemasan time jem, tp hr ni aku rasa perasaan benci tu dh smp tahap maksima. Korang dh jd PEMBUNUH!


Berikut ialah gambar-gambar jenazah2 yang dikongsikan oleh pengguna media sosial bagi memberitahu bahawa kedua-dua mangsa kemalangan sebenarnya telah pun mengadap Ilahi.






Manakala ini ialah rakaman ketika ambulance backup cuba datang ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan mangsa kemalangan tetapi apa yang pengguna jalanraya buat?

Saksikanlah video ini ;



Kisah yang memilukan ini telah membuatkan beberapa netizen yang prihatin mengumpulkan gambar2 bahan bukti yang merujuk kepada pemandu2 yang menggunakan lorong kecemasan pada waktu itu dengan tujuan membuat laporan polis supaya pihak polis dapat mengambil sesuatu tindakan.

Dalam pada itu, adalah amat baik jika kerajaan mempertimbangkan cadangan helikopter ambulance bagi tujuan menyelamatkan nyawa terutamanya bagi kes-kes kecemasan seperti ini. Apabila ambulance darat gagal sampai ke destinasi disebabkan jalan jammed ataupun lorong kecemasan digunakan oleh pemandu2 'derhaka', pemandu ambulance boleh membuat panggilan kecemasan untuk minta backup supaya memberi laluan kepada ambulance udara agar pergi ke lokasi kemalangan. Mana-mana yang sampai dulu dia la yang akan membantu mangsa. At least dapat turunkan pegawai2 perubatan bagi membuat rawatan kecemasan on the spot pun cukuplah. Apa guna bayar GST 6% jika kerajaan berkira untuk upgrade tahap dan kualiti perkhidmatan perubatan kecemasan di negara kita kan. Sudah sampai masanya untuk kerajaan pertimbangkan cara ini memandangkan terlalu ramainya pengguna jalanraya yang mementingkan diri sendiri. Hari ini seorang ibu telah kehilangan dua anak lelaki sekaligus. Entah esok lusa siapa pula yang menjadi mangsa akibat kecuaian sesetengah pengguna jalanraya. Pemandu2 neh tak lut selagi mana yang menjadi mangsa itu bukan ahli keluarga mereka. Ada undang2 pun serupa macam takde undang2.

Oleh kerana kita tak mampu nak didik mereka, nak ubah mereka lebih baik kita pertingkatkan kualiti perkhidmatan perubatan dalam menanggani kes-kes kecemasan di luar hospital. Kerana setiap nyawa manusia itu tiada harganya. Fikir-fikirkanlah.