t>

Breaking News

Perjuangkan Hak Wanita Muslim Makan Di Public Ketika Ramadhan, The Patriots Tampil Sekolahkan Maryam Lee.


SCREWED LOGIC

Saya menulis isu ini sebab agak seram melihat reply anak-anak muda di posting empunya badan. I know that we should not make stupid people famous, tapi rasanya nak juga beri pendapat sebab rasanya isu ini pun dah viral.
Seorang wanita telah menaikkan sebuah posting semalam mengenai bagaimana dia ditegur kerana makan di tempat awam (restoran) pada bulan puasa. Alasannya adalah kerana dia datang bulan, uzur..

Posting ini telah diambil oleh MalayMail (siapa lagi kan..) dan wanita ini telah diangkat menjadi wira buat mewakili semua wanita yang sedang haid yang nak hak makan di tempat awam (this is how I picture her and how MalayMail interpreted her posting).

Kebanyakan yang reply kepada posting wanita ini dan menyokong usaha dia untuk memperjuangkan hak golongan wanita haid untuk makan di tempat awam pada bulan puasa (saya beri singkatan WHMABP), menggunakan hujah bahawa Allah SWT sendiri memberi kelonggaran kepada golongan uzur untuk tidak berpuasa. Apa kuasa kita untuk menidakkan hukum Allah..

Allahu...

Ya, memang golongan uzur (datang haid, mengandung atau menyusukan anak), tidak mampu (sakit atau komplikasi kesihatan), dalam perjalanan dan berperang mendapat pelepasan daripada berpuasa.

Tetapi diberi KELONGGARAN dengan HORMAT adalah 2 perkara yang sangat jauh dan besar perbezaannya.

Isu wanita ini saya kelaskan sebagai:
"It is not WRONG, but yet it is MORALLY and ETHICALLY incorrect or inappropriate."

Akal, Pendidikan, Adab, Sikap dan Akhlak adalah apa yang membezakan diantara manusia dengan haiwan dan mesin.

Dari 5 perkara inilah wujudnya erti kata seperti HORMAT-MENGHORMATI, BUDI BICARA serta ETIKA dan MORAL.

Lalu melalui Hormat, Etika dan Moral wujudlah KESOPANAN dan KESUSILAAN (kepada yang terlupa, ini Rukun Negara ke-5 ya)
Haiwan dan Mesin takdak kurniaan ni. Kalau namanya Manusia, pasti ada. Persoalan yang tinggal hanyalah sama ada nak gunakan atau tidak.

These are the 5 things that determines whether we have class and manners, or not..
----------
Saya ambil contoh, benda yang TIDAK SALAH, tetapi tiada ETIKA dan MORAL.

Lets start with the phrase "Allah yang bagi. Apa hak kita untuk menidakkan."

Saya beri satu contoh. Saya dijemput oleh seorang sahabat India yang beragama Hindu untuk datang ke majlis sambutan Deepavali. Saya tahu agama dan sensitiviti Hindu dan kaum India adalah tidak memakan daging (lembu).
Tapi agama saya bagi. Islam membenarkan. Allah membenarkan.

Kalau saya ke majlis tersebut, membawa daging masak kurma contohnya, adakah salah?

Kalau ikut logik geng WHMABP ianya tak salah kerana Allah tidak melarang (katanya). Tapi kerana saya tahu geng WHMABP ni mempunyai logik yang sangat caca-merba, saya yakin mereka adalah antara yang pertama-tama maki dan cerca saya.

Tak hormat bangsa dan agama lain katanya. Tak ikut norma masyarakat dan socially awkward person katanya. Masuk kandang kambing tak mengembek katanya.

Dan saya yakin, MalayMail takkan ambil cerita saya ini untuk dijadikan contoh seorang pejuang. Mereka akan ambil cerita saya ini sebagai seorang yang takdak adab, tak hormat orang, creeping Arabisation and Islamization dan bermacam lagi.

Kompas Moral dan Etika yang dah rosak.

Saya yakin, insan yang kompasnya masih elok akan sentiasa memandang kedua-dua kes, makan di bulan puasa di khalyak awam (bagi seorang Muslim) dan makan daging di majlis keraian agama Hindu sebagai Morally and Ethically incorrect.

And it is just plain rude and tasteless.

----------
Macam mana ya, bagitau saya, saya boleh ada kawan non-Muslim, yang peka moral dan etika, hormat dan sanggup tak makan bila bersama-sama rakan Muslim, manakala geng WHMABP, yang Muslim sendiri ini takdak etika dan moral ini..?

"Ini bulan puasa. Kena hormat orang puasa. Tak mati pun I tahan lapar dengan dahaga sekejap."

- Ini jawapan rakan non-Muslim saya.

Walhal mereka lebih berhak untuk makan dan minum. Ini contoh orang yang benar-benar faham apa maksud HORMAT.

Bayangkan kalau kita buat majlis berbuka puasa, rakan non-Muslim datang, ambil makanan dan minuman di meja buffet dan mula makan.

Sekarang bayangkan geng WHMABP ni buat masa majlis berbuka puasa, majlis pejabat, kat buffet hotel contohnya.

"Oh maaf. Saya datang bulan. Allah bagi saya makan."

Ini logik geng WHMABP...

-----------
Saya pernah hadir ke majlis kahwin seorang rakan Cina. Ada serve arak. Saya tak minum dan saya tak paksa kawan ni untuk jangan adakan arak. Saya datang untuk meraikan hari istimewa seorang rakan dan saya faham norma majlis tersebut.

Saya pernah hadir ke majlis makan-makan seorang rakan Cina yang langsung takdak serve arak atau daging khinzir untuk hormati tetamu Islam. Siap ambil katering orang Melayu lagi.
Rakan Cina saya pernah datang ke majlis terbuka saya dan dia tak persoalkan mengapa tiada masakan khinzir.

Tapi kalau ikut logik geng WHMABP ni, PUTIH itu PUTIH, HITAM itu HITAM, sebab aku boleh, aku kena buat.

"Sebab aku tak payah puasa, aku boleh makan sesuka hati."

Dah tak ada konsep hormat-menghormati, rukun dan norma. Semua pakat langgar.

Rosak...

-----------
*Orang Melayu mempunyai aras dan keindahan bahasa yang tinggi untuk menggambarkan sesuatu. Kita panggil Ketamadunan itu juga sebagai sebuah PERADABAN..

Apalah Tamadun itu tanpa Adab..

The Patriots.