t>

Breaking News

Terima Dana USD 94 Juta , Anak Rosmah Kata Ianya Hadiah - Elokla tu, Najib Dapat Derma Billion-Billion, Anak Tiri Dapat Hadiah Juta-Juta..


Ya, ya aku percaya. Ianya hadiah dari bapa tiri kesayangan kan?

Hehehe.

Dulu. Najib sendiri mengakui pernah menerima derma billion-billion ringgit yang dimasukkan ke dalam account bank peribadinya. Perkara ini turut disahkan oleh Jabatan Peguam Negara Malaysia. Pemberian derma itu sungguhpun beberapa kali bertukar 'sebab' akhirnya telah dimuktamadkan sebagai dana untuk pilihanraya yang akan berlangsung di Malaysia pada ketika itu (2013).

Dan sekarang. Anak tiri Najib, anak kandung kepada Rosmah pun bagi alasan yang lebih kurang serupa. Kononnya syarikat Aabar BVI sanggup menghadiahkan wang sebanyak USD 94 juta kepada dia bagi menghasilkan filem. Orang gila mana la sanggup hadiahkan wang 94 juta dollar gitu-gitu saja. Bawa mai aku jumpa Aabar BVI. Nak minta 300k je. Nak beli rumah cash. Takan dia tolak kot. USD 94 juta pun buta-buta je hadiah ke orang.

Ekekeke..

Bapak gile ohsem alasan-alasan dorang. Neh mesti dah faham sangat stail rakyat Malaysia yang malas p bakar bangunan Parlimen ataupun turun gegar Putrajaya, ye tak?

Hehehe.

Berikut laporan berita tersebut ;

Anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, mendakwa dana 1MDB bernilai AS$94 juta (RM381 juta) dalam akaun - yang dia memiliki akses untuknya - adalah hadiah daripada syarikat Aabar BVI, kata Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.
"(Riza) Aziz mendakwa - termasuk dalam laporan cukainya pada 2012 - wang itu adalah 'hadiah' daripada Aabar BVI," kata laporan itu semalam.
Menurut DOJ, Aabar BVI - sebuah syarikat didaftarkan di Kepulauan British Virgin dengan nama sama - menerima AS$1.367 bilion wang yang diselewengkan daripada bon 1MDB untuk perjanjian pembelian kuasa pada 2012.
Daripada jumlah itu AS$238 juta dimasukkan ke akaun syarikat perfileman Riza, Red Granite, di Singapura.
DOJ mendakwa Riza menggunakan AS$94 juta wang itu untuk membeli tiga harta tanah - dengan setiap satu di New York City, Beverly Hills dan London.
Dalam saman dikemukakan pihak berkuasa AS itu, DOJ memperincikan bagaikana firma perakaunan berpangkalan di AS, Nigro Karlin Segal Feldstein & Bolno (NKSFB) cuba mendapatkan penjelasan mengenai "hadiah" berkenaan.
"Dana itu datang daripada seorang pelabur dalam Red Granite Capital, saya tidak dapat mengesahkannya tanpa bukti bahawa ia bukan pendapatan kepada Riza. Firma berada dalam risiko, angka-angkanya terlalu tinggi," kata seorang rakan kongsi NKSF melalui e-mel.
Pindahan tanpa sebab
Seorang pengarah urusan di firma itu yang bertindak bagi pihak Riza menjelaskan Aabar BVI adalah "sebuah syarikat pegangan persendirian seorang rakan keluarga" individu terlibat.
Dia juga menyertakan sekeping surat daripada Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny iaitu pengarah Aabar BVI serta ketua pegawai eksekutif syarikat itu ketika transaksi berkenaan berlangsung.
Kandungan surat itu ialah: "Surat ini bertujuan mengesahkan bahawa pemindahan AS$94,500,000 yang terdiri daripada pindahan kawat pada 18 Jun 2012 untuk BSI Bank Bhd (nombor akaun [XXX] 250A) untuk manfaat Riza Aziz bertujuan sebagai hadiah.
"Pemindahan itu dibuat tanpa sebarang pertimbangan dan tiada perkhidmatan dijalankan atau hadiah diterima bagi aset. Ini adalah satu pemindahan tanpa sebab dibuat dengan ikhlas berdasarkan hubungan yang rapat peribadi kami."
DOJ bagaimanapun menafikan hal itu dalam nota kakinya, dengan menjelaskan pada tarikh pemindahan itu berlangsung, Aabar BVI sebenarnya menyalurkan AS$133 juta kepada Red Granite.
Tambah DOJ dana sebanyak AS$94 juta itu adalah jumlah yang dipindahkan Riza "ke Amerika Syarikat dalam tempoh kira-kira lima bulan dan digunakan untuk membeli aset peribadi".
Selain digunakan untuk membeli harta tanah DOJ mendakwa dana 1MDB bernilai AS$64 juta digunakan untuk membiayai filem terbitan Red Granite, The Wolf of Wall Street.
Bagaimanapun Red Granite menafikan tahu sebarang maklumat mengenainya.
Sejumlah AS$41 juta wang 1MDB juga dikatakan diguna untuk membiayai aktiviti perjudian Riza, hartawan Jho Low serta rakan mereka Eric Tan Kim Loong. - Malaysiakini