t>

Breaking News

Bumi Itu Bulat Bukannya Rata - Jawapan Balas Kepada Geng Ustaz Bumi Rata.



Bumi Bulat atau Rata? 

Bumi mengelilingi Matahari ... atau Matahari mengelilingi Bumi??? 

Kebelakangan ini viral semula tentang teori bahawa bumi itu mendatar bukan bulat seperti yang kita fahami. Benarkah begitu.?? 

Teori bahawa bumi itu mendatar (rata ) adalah fahaman gereja ortodok Yunani kuno , yang kemudiannya pihak barat pun dah tak pakai. Anehnya ada pulak anak anak Melayu Islam yang nak guna balik hari ini. Sangat memalukan. 

Apa bukti bahawa bumi itu bulat (sfera)? 

1. Kejadian malam dan siang ,di mana bumi yang bulat itu berputar , satu bahagian mengadap matahari dan satu bahagian lagi membelakangi matahari. 

2. Pada tahun 1500++ Panglima Awang bersama Ferdinand Magalan serta kru kru yang lain telah belayar dari Spanyol ke arah barat ,kemudian menemui benua Amerika, melintasi hujung benua Amerika(cape Horn) dan akhirnya sampai ke perairan Filipina dan seterusnya kembali ke Asia Tenggara . Tak pula sampai ke hujung dunia (kalau benar bumi itu rata). Jadi anak Melayulah yang pertama membuktikan bahawa bumi itu bulat iaitu Panglima Awang itu sendiri. 

3. Kalau bumi itu mendatar , bagaimana boleh terjadi fenomena gerhana matahari dan gerhana bulan , dan bayang bumi yang terkena bulan (ketika gerhana bulan ) pun berbentuk bulat , bukan rata. 

Bukti bahawa bumi mengelilingi matahari ;

1. Saya bagi satu contoh yang paling mudah. Bulan beredar mengelilingi bumi dalam tempoh 29.5 hari satu pusingan lengkap. Jadi adakah logik matahari beredar mengelilingi bumi dalam tempoh 24 jam (sehari ) untuk membentuk siang dan malam , sedangkan jarak matahari ke bumi itu berjuta kali lebih jauh dari bulan. Yang ni kalau tak boleh fikir ,tak tau nak cakap apa dah. 

2. Waktu gerhana matahari jelas sekali bulan berada di antara bumi dan matahari . kalau matahari beredar mengelilingi bumi , maka tarikh fenomena gerhana matahari adalah mustahil boleh dikira. 

3. Seorang ilmuan Islam Abu Abdullah MuhamadBin Jabir (Al Battani ) yang dilahirkan pada tahun 858 masihi telah berjaya mengira tempoh bumi mengelilingi matahari iaitu 365 hari 5 jam 46 minit 24 saat . ( Kiraan hari ini adalah 365 hari 5 jam 46 minit 46.08 saat ). Itu juga membuktikan bumilah yang beredar mengelilingi matahari. Jadi kepada sesiapa yang kata matahari beredar mengelilingi bumi sila nyatakan tempoh peredaran matahari mengelilingi bumi. 

4. Kajian saya sendiri tentang kitaran air laut yang dilakukan lebih 10 tahun , melalui berbagai kiraan dan formula jelas menujukkan bahawa bumilah yang beredar mengelilingi matahari dan bulan mengelilingi bumi. Jika matahari beredar mengelilingi bumi nescaya kitaran air laut dan pasang surut air laut akan menjadi porak peranda , tidak seperti sekarang . 

Dah jelas sekali bahawa Allah jadikan bulan beredar mengelilingi bumi dan bumi mengelilingi matahari dan hasilnya kitaran air laut tersusun dengan rapi, cantik dan tepat .

Itulah yang menyebabkan kesetabilan kitaran air laut hingga hari ini Jadi kepada cendikiawan fb yang mendakwa bumi itu mendatar (flat ) dan matahari mengelilingi bumi, bawa bawa lah muhasabah , pergilah berguru dengan para guru atau pakar pakar falak yang memang sangat arif dalam hal ini. 

Tak usahlah diceduk idea barat yang mengarut ngarut yang tidak dapat dibuktikan pun kesahihan dan kebenarannya. Saya merasa teramat kesal kerana ramai anak Melayu sendiri yang berpeggang kepada fahaman ini tanpa merujuk kepada pakar pakar falak Islam sendiri. 

Teringat pepatah Inggeris : " Kalau nak beli otak, belilah otak Melayu , kerana belum digunakan lagi". Mahukah kita dan sanggupkah kita dituduh demikian......jadi sama sama kita fikirkan.

Sumber :  Mohd Salleh Mazukhi.

--------

Bumi ini tidak bulat tapi rata dan ada pinggir? hujung pinggir di jaga oleh yahudi dan Amarika? Sembang kencang semua orang boleh bang, nak lagi mudah untuk buktikan bumi bulat, cuba geng bumi rata ni kumpul duit banyak banyak, dan pergilah melancong di angkasa, kosnya hanya 20 juta dolar USD satu kepala untuk seminggu. 


Pada tahun 2001, orang pertama melancong ke angkasa dan boleh tengok bumi ni bulat adalah Dennis Anthony Tito, jutawan dari Amerika, siap naik Soyuz dan singgah di ISS. Last pelancong ke angkasa tahun 2009, Usahawan Guy Laliberté dari Kanada, bayar USD 40 Juta untuk percutian selama11 hari. 

Oh ye, Anousheh Ansari, sempena hari jadinya sendiri, telah jadi wanita Islam pertama melancong ke angkasa, dengan kos USD 20 juta untuk orbit bumi selama 11 hari. Kata beliau, jika ada wang lebih di masa depan, nak melancong ke bulan pula, ha ha. Jadi kepada geng sembang bumi rata boleh kumpul derma sesama mereka, dan pergi sendiri, tak payah gaduh gaduh kata satelit tu CGI ke apa, sampai sana, mereka akan bawa korang keliling bumi setiap dua jam, (90 minit sekali pusingan) dan jika korang rasa mereka tipu dalam stadio, boleh request bilik kaca, dan sila pecahkan cermin ISS jika nak jadi arwah di sana, oh ye, dengar cerita Rusia pun nak buat hotel di angkasa tak lama lagi, sediakan duit sahaja lah yer, sembang sampai gajah terbang semua orang boleh buat. 

Tahukah korang, data pada tahun 2013, jumlah manusia ke angkasa adalah seramai 536 orang dari 38 negara. Dari jumlah itu, 533 orang telah sampai ke Earth orbit, 24 orang telah sampai lebih dari Earth orbit dan 12 orang sudah berjalan di Bulan. Antara mereka masih ramai yang hidup. 

Dan sekarang manusia merancang untuk menjadi manusia pertama ke marikh, tapi kita di sini, kapal terbang tak mampu nak cipta, roket jauh sekali, tapi sibuk bergaduh bumi ini rata dengan teori tak masuk akal. Oh ye, bukan semua angkasawan kafir, ada 10 orang Islam telah pergi ke angkasa termasuk dari Malaysia siap solat dengan fatwa ijama ulamak lagi dan siap tunjuk cara nak mengadap kiblat pada bumi yang bergerak. Tapi korang, hmmm.

Baiklah, jika geng bumi rata sengkek sangat nak kumpul duit untuk ke angkasa, boleh kumpul duit dan pergi Britain jumpa Hussain Manawer, orang Islam yang akan ke angkasa dalam tempoh terdekat, dijangka pada pertengahan tahun 2018, beliau sekarang sedang berlatih ilmu untuk hidup di sana, so jumpa dia, cakap elok elok, suruh ambik gambar bumi dari angkasa dan wasap korang. 

Ini kira kos paling murah kot nak tahu bumi ni bulat ke rata. Ha ha! Akhir kata, bila Ustaz Azhar Idrus dan Dr. Danial Zainal Abidin kata Bumi bulat dan keliling matahari tapi korang tolak pendapat ustaz dan Dokter Sains, lalu tafsir Al quran guna kepala otak dan hujah sains pun kelaut, apa faedahnya lagi bang. Apa faedahnya lagi berdebat isu ini? 

(baca tulisan penuh di blog keretamayat) 


 https://keretamayat.blogspot.my/2016/09/bumi-ini-sebenarnya-rata.html